Home
Insuran   
Gadaijanji Khairat Kematian
 

Khairat Kematian

RM4,000.00

Beban Peserta dan keluarga diringankan melalui pembayaran Khairat/Ehsan Kematian. Tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan sekurang-kurangnya permit pengebumian dan dokumen yang mengesahkan hubungan kekeluargaan.

Jika Peserta meninggal dunia bayaran sebanyak RM1,500.00 akan dikeluarkan kepada wasi/waris yang dinamakan semasa Peserta menyertai Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Perbendaharaan.

Bagi Peserta yang menyertai Skim ini mulai 1hb Oktober 2006, manfaat ini telah diperbaiki seperti berikut :-

Kematian Peminjam:RM1,500.00
Kematian Pasangan Peminjam:RM1,500.00
Kematian Anak Peminjam:RM500.00 seorang maksima 2 orang anak (Umur tidak melebihi 20 tahun)

Nota:
Manfaat ini adalah lebih baik berbanding lain-lain panel yang dilantik oleh Bahagian Pinjaman Perumahan