Home
Insuran   
Gadaijanji Keilatan Kekal (Hilang Upaya)
 

Keilatan Kekal (Hilang Upaya)

Keilatan kekal atau hilang upaya disebabkan kecederaan atau penyakit dan menghalang Peserta dari menjalankan sebarang perniagaan atau pekerjaan bagi mendapatkan pampasan, gaji atau upah. Keilatan mestilah kekal dan berterusan.

Amaun manfaat yang dijelaskan kepada Penerima Pembiaya Pemberian adalah secara sekaligus dan akan dikira berdasarkan kepada jadual menurun amaun yang diperlindungkan seperti yang terdapat pada Keratan Penyertaan.


KEILATAN KEKAL JUGA MERANGKUMI SALAH SATU DARI YANG BERIKUT

  1. Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata.
  2. Putus kedua-dua belah tangan pada atau di atas pergelangan tangan.
  3. Putus kedua-dua belah kaki pada atau di atas pergelangan buku lali.
  4. Kehilangan penglihatan pada sebelah mata dan putus sebelah tangan atau kaki pada atau di atas pergelangan tangan dan buku lali.
  5. Putus sebelah tangan dan sebelah kaki pada atau di atas pergelangan tangan dan buku lali.

Syarikat juga akan mempertimbangkan pembayaran manfaat ini jika Peserta dibersarakan akibat penyakit atau kemalangan melalui arahan bertulis dari Laporan Lembaga Panel Perubatan yang diiktiraf mengikut syarat-syarat di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Malahan Syarikat telah memutuskan akan mempertimbangkan tuntutan ke atas peminjam yang menghadapi gangguan mental (gila) dengan syarat dibersarakan atas sebab-sebab kesihatan dengan kelulusan Lembaga Perubatan Kerajaan yang ditauliahkan.

PENGECUALIAN KE ATAS TUNTUTAN KEILATAN KEKAL

Pampasan tidak akan dibayar jika keilatan berpunca secara langsung atau tidak langsung dari :-

  1. Peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing, perang saudara, pemberontakan, rampasan kuasa dan sebagainya.
  2. Cubaan membunuh diri atau pengambilan minuman keras.
  3. Penerbangan bukan komersial.
  4. Kegiatan dasar laut.
  5. Kesan nuklear.
  6. HIV/AIDS atau penyakit yang berkaitan dengan AIDS atau penyakit kelamin.
  7. Keilatan telah berlaku sebelum perlindungan berkuatkuasa.

KAEDAH TUNTUTAN KEILATAN KEKAL

Peserta perlu mengemukakan :-

  1. Laporan doktor mengenai penyakit yang dihidapi oleh Peserta.
  2. Surat dari Ketua Jabatan mengenai kesihatan dan kedudukan Peserta di dalam jawatannya.
  3. Laporan dari Lembaga Perubatan kerajaan yang ditauliahkan.