Home
Insuran   

Latar Belakang

Dalam tahun 2005, Mayban Ageas (dahulu dikenali sebagai Mayban Fortis), sektor insurans dan takaful Maybank yang merangkumi Mayban General Assurance, Mayban Life Assurance dan Mayban Takaful bergabung dengan Malaysia National Insurance Berhad, syarikat insurans kebangsaan terbesar dan subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Bhd, operator Takaful terunggul di Malaysia. Penggabungan ini melonjak kedudukan Mayban Ageas sebagai syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia.

Pada akhir tahun 2007, usaha penggabungan dengan Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional telah membawa kepada perubahan jenama untuk keseluruhan kumpulan insurans dan takaful ini kepada jenama - Etiqa. Etiqa manjadi jenama utama untuk semua perniagaan insurans dan takaful di bawah Mayban Ageas. Kelima-lima entiti perniagaan kini dikumpulkan di bawah 2 subsidiari utama, masing-masing untuk insurans dan takaful - Malaysia National Insurance Berhad kini dikenali sebagai Etiqa Insurance Berhad dan Takaful Nasional Sdn Bhd kini dikenali sebagai Etiqa Takaful Berhad.

Pada hari ini, Etiqa adalah merupakan penyedia produk dan perkhidmatan insurans dan takaful yang menggunakan pelbagai saluran seperti tenaga agensi, cawangan insurans dan takaful, cawangan Maybank, internet, ATM dan lain-lain bank, menyediakan pencapaian dan kemudahan yang tiada tandingannya untuk para pelanggan.

Penglibatan Etiqa Takaful di bawah Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia bermula pada tahun 1994 yang mana ketika itu dikenali sebagai MNI Takaful dan kemudiannya Takaful Nasional. Pada masa ini Etiqa Takaful menguasai 70% pasaran perniagaan dengan menawarkan premium yang terendah dan manfaat yang terbaik.